Intro Price! Get Pixwell WordPress Magazine Theme with ONLY $59

Muaz Zabir Fokus Baiki Diri, Doakan Terbaik Buat Bella & Syed Saddiq

Muaz Zabir Fokus Baiki Diri, Doakan Terbaik Buat Bella & Syed Saddiq

 

 

Pelakon Muaz Zabir tumpang gembira melihat kebahagiaan aktres Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Memetik mStar Online, Muaz berkata dia tidak patut mengulas mengenai kehidupan Bella serta sentiasa mendoakan yang terbaik buat aktres itu, Saddiq serta dirinya.
“Kalau dia bahagia dengan kehidupannya sekarang Alhamdulillah, saya rasa tak patut komen apa-apa tentang kehidupan Bella. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua tak kisahlah Bella, Syed Saddiq, Didii dan saya sendiri,” katanya
Sementara itu, pelakon berusia 28 tahun itu berkat dia berada dalam fasa memperbaiki diri untuk mengubah hidupnya ke arah lebih baik dan mahu menyambung pengajian.
“Saya dalam fasa memperbaiki diri, menebalkan poket sendiri. selain berusaha untuk berniaga dan mantapkan lakonan, saya juga cadang nak sambung belajar melalui pendidikan jarak jauh.” katanya.

 

 

Terdahulu, Bella menyifatkan Saddiq seorang lelaki yang baik serta mempunyai ciri lelaki ‘green flag’ gembira menjadi teman rapat ahli parlimen itu.
Sumber: mStar Online, Rotikaya